BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

8/09/2010

KOMEN PENSYARAH

Puan Mazlina binti Ismail (Pensyarah Teknologi Belia )
Tidak setuju, utamakan kepada pelaran dulu kerana pelung menuntut ilmu hanyalah sekali bukannya bercinta……
Puan Nur Alia Azri ( Pensyarah Bahasa Inggeris )
Tidak setuju kerana boleh menganggu tumpuan kepada pelajaran jika pelajar itu tidak tahu membahagikan masa antara barcinta dan belajar.
Puan Mazlina Mansor ( Pensyarah Bahasa Melayu )
Tidak salah jika pelajar bercinta kerana ia adalah lumrah manusia untuk berkawan, berkasih sayang dan merupakan pendorong bagi sesetengah pelajar untuk bersama-sama bersaing dalam pelajaran. Sesetengah pelajar telah salah faham tentang konsep cinta sehingga terlalu taksub hingga melupakan matlamat sebenar datang ke universiti.
Mr. Subra A/L Sriramalu ( Pensyarah Pengantar Pengurusan )
Bagi pendapat saya, bercint di universiti tidak salah selagi mereka tahu batas-batas pergaulan, pandai menjaga diri dan sentiasa saling mengingati matlamat utama di university. Kebaikan bercinta di university adalah pasangan tersebut dapat member motivasi, semangat serta meluahkan masalah pembelajaran dan masalah di university. Mereka boleh belajar dan saling membantu dalam masalah pembelajaran. Keadaan ini adalah bergantung kepada pasangan masing-masing. Sekiranya pasangan merupakan seorang yang sukakan hiburan, sentiasa menggangu dan tidak fokus dalam pembelajaran, maka, kesan buruk seperti gejala sosial dan fokus pembelajaran mungkin akan terjejas dan merosot.
                    
                                                                

0 ulasan: