BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

8/31/2010

Video Clips (Akim - Inilah Cinta

8/30/2010

PENGENALAN








Setiap insan di muka bumi ini dilahirkan untuk disayangi dan menyayangi sesama sendiri. Percintaan di universiti adalah normal bagi kebanyakan mahasiswa/mahasiswi hari ini. Malah,pasangan yang bercinta tatkala di universiti memberi impak positif dalam perkembangan dan kejayaan yang dikecapi bersama. Pun begitu,tidak semua menjadikan percintaan di univeriti itu dijadikan sebagai landasan untuk berjaya,malah menjadi titik hitam bagi sebilangan  pasangan kerana melakukan perkara di luar batas sehingga mengetepikan agama dan adat budaya kita. Setiap hari, kita disajikan dengan pelbagai isu percintaan dalam kalangan pelajar universiti sehinggakan masyarakat memandang serong terhadap pelajar universiti.Justeru,blog motivasi percintaan yang kami hasilkan  ini diharap dapat menjadi garis panduan bagi mereka yang berada di alam prcintaan.





8/09/2010

BOLEH MENGHANCURKAN HUBUNGAN CINTA JIKA,……

1. Berjanji kita akan berubah sikap
2. Cuba untuk berbincang secara rasional dengan kekasih

3. Mengharap hubungan kita akan selamat dan berjaya

4. Mengiyakan pendapat pasangan mengenai diri kita                              
5. Meminta nasihat daripada rakan dan keluarga tentang cinta

6. Sentiasa bertelagah mngenai masalah cinta.                                      

7. Memberitahu secara paksa bahawa kita cintakan dia                                

8. Cuba untuk menyelamatkan hubungan kita dengan kekerasan


                                                           

KEBAIKAN BERCINTA DI UNIVERSITI

1 .Membantu mahasiswa dan mahasiswi mencapai kejayaan dalam setiap matapelajaran.

-Pasangan boleh saling membantu dalam subjek yang lemah dan bersaing secara sihat dalam mencapai kecermelangan akademik.

2.Memberi sokongan dan dorongan

-Setiap kali menghadapi kegagalan dalam peperiksaan,pasangan boleh memberi sokongan moral dan motivasi kepada anda untuk meningkatkan kembali daya juang dalam pembelajaran untuk berjaya.                                                             

3. Dapat meningkatkan tahap pemikiran 
mahasiswa dan mahasiswi 

-Cinta menyebabkan pasangan akan lebih matang dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pasangan,pembelajaran serta lebih terbuka dalam menjalaini kehidupan.






                                  

CINTA DAN BAHAGIA….

Empat perkara yang harus ada dalam diri untuk mengecapi nikmat bercinta :
Cintailah diri sendiri sebelum kita mencintai orang lain
Pastikan kita mengenali dan menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain kerana kita akan lebih menghargai perasaan sendiri dan tahu kemahuan diri dalam percintaan.
Pendirian yang tetap
Setiap pasangan perlu mempunyai pendirian diri agar tidak terpengaruh dan berubah mengikut cara orang lain biarpun kekasih hati bagi membuat keputusan secara rasional.
Pengurusan Masa 
Pegurusan masa perlu seimbang supaya masa yang ada
tidak sia-sia antara cinta dan cita-cita.
Berkorban secara rasional
Memang benar cinta memerlukan pengorbanan,tapi biarlah berpada-pada dan wajar.Jangan biarkan diri menanggung derita di atas kebahagiaan orang lain.Hidup ini perlu seimbang dalam semua hal.Jika si di ingin gembira,maka kamu juga ada hak untuk rasa gembira.

                                                         

CARA-CARA MENGATASI PUTUS CINTA SECARA “EFEKTIF”



1.Luahkan masalah /perasaan kepada keluarga (insan yang  rapat)
 Sebagai permulaan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi , menangislah, menjeritlah sekuat hati agar jiwa batin anda berasa tenang dan sedikit lega.

2.Bina keyakinan diri dengan memotivasikan diri.
Putus cinta pasti sesuatu yang menyakitkan dan menyebabkan keyakinan mudah luntur. Justeru, anda perlu sentiasa berfikiran positif, anggaplah perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
3.Luangkan masa atau lakukan aktiviti riadah
 Keluarlah daripada kepompong kesedihan.Bersosiallah bersama teman.Keadaan ini pasti akan membuatkan anda terlupa dan kembali senyum tanpa si dia.
4.Buang segala kenangan yang lalu dan tidak mengambil tahu tentang gosip.
Buang terus ingatan kamu tentang dirinya kerana ini hanya menambahkan kesakitan dalam diri kamu.Tambah kenalan lain dan anggaplah kamu dan dirinya bukan jodoh yang ditetapkan Tuhan.

KEBURUKAN BERCINTA DI UNIVERSITI


Hilang fokus dalam pelajaran
    Keburukan bercinta semasa belajar di universiti ialah pelajar tidak dapat fokus dalam pembelajaran kerana terlalu asyik dan leka dengan dunia percintaan. Hal ini menyebabkan mereka gagal mengawal nafsu dan fikiran mereka ketika berada di kelas. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan pelajaran terganggu bahkan meninggalkan kesan ke atas pelajaran mereka.
Membazir masa dan duit
Pasangan bercinta akan menyalahgunakan kewangan mereka kearah pembaziran. Contohnya, oleh kerana sayang dan cinta serta ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. Ada pasangan sanggup menghabiskan duit untuk memenuhi permintaan yang tersayang seperti membelih-belah, menonton wayang dan sebagainya. Hakikatnya, diri sendiri  merana dan masih dibawah tanggungan keluarga. Masa yan sepatutnya digunakan untuk mentelaah turut dibazirkan hanya untuk berhibur bersama pasangan.